Monday, 15 April 2013
Perkongsian Bersama..... Praktikan pabila ada zuriat nti.. Amin...
TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥
Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia
sentiasa menjaga solat.
Al - kisah. Ceritanya bermula begini.
Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat
sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17
batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti gambar dibawah :
1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya
tidak solat, saya jalan tiada kepala.
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan
tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya
kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut
serupa hantu dah.
5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :
Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri
saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya
seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-
renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.