Sunday 16 August 2015

Ramli's Family

Assalammualaikum W.B.T.....

Akhirnya, setelah beberapa tahun dirancang, 1 Syawal (17 Julai 2015) kami wat family photo... Happy nyer.. haha.. cm kebaruan plak kn... Tp sedih lah 2 org anak buah xda d dlm pic sbb ikut atok nyer beraya d Keyhel... insyaALLAH, 2 tahun lg kalo pjg umur br berkumpul lg lah... Tgk lah karenah2 kami sekeluarga... muka sepesen jak kn... ini lah ayahanda dan bonda kami yg tercinta... Kami akan jaga kamu bapa dan mama... Kamulah nyawa kami, cinta hati kami.... Kami sayang BAPAK & MAMAK....

         Kite blanje kamu 1 gambar family saye yer.....





Monday 15 April 2013

Nak Share Story.... Layan....... :)


KALAU TAK SUKA, PULANGKAN !!




Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. 

Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.



“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila 


mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum 


papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai 


tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka 


shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke 


duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama 


dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa 

meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata 

isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari 

riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat 

Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin 


berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan 

di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa 

sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak 


merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang 

sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia 

telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik 


bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak 


suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah 

isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan 

ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia 

berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat 

mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. 


Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang 

makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya 


yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati 

kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada 

pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-

bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-

tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap 


saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah 


kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka 

yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang 

sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu 

bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang 

masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” 


Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar 


di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu 

menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan 

mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata 

mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila 


perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak 

orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah 

barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah 


dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di 

hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu 

mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk 


dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang 

buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-

satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang 


begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak 

juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang 

cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran 


pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak 

ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak 

pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih 

dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat 

gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin 


meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya 

masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia 


akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan 

Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana 

pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka 


bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang 

lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang 

bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, 


tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat 


membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. 

Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi 

tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika 

dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma 

perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan 

Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan 

Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan 

tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan 

sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila 


merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga 

tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke 

sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi 

sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu 

masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. 

Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. 

Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. 

Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat 

anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila 

mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada 

kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain 


yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi 

membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia 

meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama 

itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana 

keengganannya Laila dipulangkan……

Perkongsian Bersama..... Praktikan pabila ada zuriat nti.. Amin...




TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥



Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia 

sentiasa menjaga solat.


Al - kisah. Ceritanya bermula begini.


Ibarat Batang Mancis



Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat 


sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 


batang mancis bersamaan 17 rakaat.




Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya 


tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan 


tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya 


kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut 


serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.



Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri 


saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya 


seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-


renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..






Saturday 2 March 2013

Debaran.....

Assalammualaikum.......

Hari nie hari ke-19 Lahad Datu msih dalam kepungan pihak polis... Setelah 2 org anggota polis meninggal akibat serangan dr pihak penceroboh.. Mudah2an roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.. Amin.... Semlm 5 org lg anggota polis mati.... Ya Allah, mudah2an negeri kami ini mendapat perlindungan daripadamu... amin.......

Wednesday 9 May 2012

~ PRAKTIKAL KU ~

dh 2 bln aq lalui praktikal ku dan sekarang plak masa2 utk wat report n presentation.. time2 ke'STRESS'an melanda lah lps nie kn... aq praktikal d mana, d sini lah.. hehe.. d UMS... best jgk,, terasa kerja office kn.. semua staff2 sgt2 sporting.. best giler ar korang, terbaik punyer..

Monday 23 April 2012

~ Syukur PadaMu ~

Ketemu lagi ya kita...
Camnie lah kalo xda teman utk b'burak,,, burak2 lah kt blog nie... sambil2 layan diri sendiri...
Alhamdulillah, akhirnya aq sampai jgk lah ke Sandakan nie, wlaupn byk dugaan yg aq lalui 2 ari nie...
Alhamdulillah jgk, aq sabar utk menempuhi sgala2nya, syukur padaMU ya Allah....
Aq terima dugaan yg kau berikan padaku nie dgn kuat, tabah dan sabar...

Walaupun aq dh sampai kt Sandakan tp m'gecewakan jgk lah bila beg besar, beg baju plak tinggal d sana... betapa sedih nyer hati ku... aq hrp beg ku itu akan tiba ngan selamat lah...
Manyak kot baju dlm tueeeee...... huhu.... sedeh ati ku....

Nak say thanx jgk lah kt abg ngan akk ipar aq cz sabar harungi semua nie, wlaupn aq taw hati dorang berapi jgk lah kn...
Ngan stress lg, aq pn naik bnggung fikir kn semua tue...
Kalo lah korang ade kt tempat aq apa lah yg korang akan wat kan.... Nak lalui semua nie, kalo dkt x pe, nie jauhhhhhhhhh sgt2.......
Syukur alhamdulillah, aq selamat sampai jgk lah ke Kampung halaman ku... Sandakan, Sabah...
Teman2 nk trun Sandakan contact je sy, insyaALLAH kalo x bz akan d LAYANNNNNNNzzzzzz.... Hehehehe........
Doa2kan beg ku sampai ke tgn ku ya.... :)

Sunday 22 April 2012

~ DuGaaN AQ ~

halluuuuuuuuuu....

Kejadian yg xpernah2 aq lalui, yg t'jadi ngan aq.. Aq telah bikin semua org ssh especially my brother and sis in law.. Soory ya bang ma akk... semua nie pn rina x inginkn t'jadi.. apa pn aq nk BOIKOT 'AA'.. x sangka plak cam 2 skali procedure dorang. cian org2 t'syg ssh sbb kn aq.. huhu...

Slama naik kapal terbang nie, x pernah plak t'tggl kapal sampai camnie skali.. Nak wat camner kan.. pasti ada hikmah d balik semua nie.. Apa yg Allah berikan pasti ada hikmahnya.. Aq trima dugaan daripada mu... Cian ar kn kt mak, mesti mak masak sdap2 yer semlm.. hehe... Apa2 pn, kena blik jgk...

Napa leh t'tggl? lagu nie crite nyer... Bismillahirahmanirahim.... flight boarding 5.05ptg, kapal b'lps kul 5.50, then saye msuk kul 5.30ptg.. Msuk2 dlm 2 jer, aq tgk kosong.. xda org dh, rupa2nya kapal dh b'lps... Kapal terbang awal sbb penumpang ptg 2 x ramai sgt... Sedey, frust 2 xyah nk kabo lah kn? Apa2 pn, akan blik Sandakan jgk yer... jgn rsau yer...  sebal pn ada jgk.. sakit hati ngan AA..... :p